Talk:Yusoff Traditional Ancestral Massage
|
From Johor Bahru Directory
| ... suatu terapi urut di Johor Bahru yang lain daripada yang lain yang menumpukan bahagian perut serta enam otot badan yang utama. |
View Larger Map
Jalan Rawa 5, Taman Desa Cermelang, Johor Bahru
Pusat Urutan Tradisional Turun Temurun Yusoff ialah pusat terapi kesihatan di Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru yang dibuka oleh Yusoff Tangan Besar pada tahun 2005. Pelanggannya kini merangkumi seluruh pelosok Semenanjung sehingga Pulau Pinang, selain daripada Johor Bahru dan juga Singapura.
| |
2. Perkhidmatan: Berbeza dengan perkhidmatan urut yang boleh anda dapati di pusat-pusat kesihatan yang lain, urut Yusuf bukannya untuk hiburan tetapi semata-mata bertujuan untuk memulihkan dan memelihara kesihatan anda serta untuk mengatasi:
- seliuh;
- kelelahan dan keletihan;
- sakit angin;
- sakit pinggang;
- peredaran darah yang tidak memuaskan;
- angin ahmar atau strok;
- mati pucuk;
- masalah perempuan, seperti lelehan faraj yang putih, datang haid yang tidak tetap, turun rahim serta tidak dapat mengandung; dan
- jagaan selepas bersalin.
Oleh sebab Yusoff sendiri melayani pelanggannya dengan memberikan perkhidmatan yang khusus tanpa menggaji tukang urut yang lain, semua pelanggan dinasihati membuat tempahan lebih dahulu demi mengelakkan sebarang kekecewaan jika jadualnya sudah penuh pada hari yang anda datang. Walaupun demikian, Yusoff juga melayani pelanggan yang tidak menempah, jika jadual membenarkannya berbuat demikian. Waktu perkhidmatan adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang, 7 hari seminggu. Bagi mereka yang hanya dapat datang ke pusat urutnya selepas waktu kerja biasa, persediaan boleh diuruskan melalui tempahan yang lebih awal.
| |
3. Keunikan perkhidmatan: Melalui teknik urut Cina yang lain daripada lain yang diwariskannya oleh nenek sebelah ibu, terapi urut Yusoff menumpukan terutamanya pada bahagian perut dan enam otot badan yang utama. Rupanya, tidak banyak atau langsung tiada tukang urut yang lain di Johor Bahru (atau di mana-mana bandar yang lain) yang mengurut dengan cara yang dilakukannya. Dengan kos sebanyak hanya RM70.00 sejam dan dengan satu jam biasanya mencukupi untuk satu rawatan, Yusoff menghabiskan separuh masa itu untuk mengurut bahagian perut supaya usus dapat digerakkan dan keenam-enam otot badan yang utama dapat dibetulkan jajarannya. Pelanggan yang buat pertama kali diurutnya biasa akan berasa mengantuk kerana pemecahan kotoran dari dinding usus menyebabkan sedikit sebanyak kotoran itu masuk ke dalam aliran darah tetapi apabila tidur sekejap, seseorang akan berasa sangat selesa. Namun selepas dua atau tiga kali diurutnya, pelanggan tidak akan lagi merasakan kesan tersebut kerana kotoran yang terlekat pada dinding usus telah dibersihkan.
| |
4. Latar Yusoff: Yusoff belajar seni urut daripada nenek sebelah ibunya serta juga silat muay thai sewaktu masih kecil lagi. Pada 1985, dia mula mengurut secara penuh masa dan sejak 26 tahun yang lalu, Yusuf telah mencapai sejumlah kejayaan yang "ajaib" yang dia sangat berbangga, sebagaimana dengan sebilangan ahli kesihatan yang lain yang amat berdedikasi. Walaupun sudah berjaya mencapai kemahiran yang tinggi dalam seni urut, Yusoff seorang yang rendah hati dan yang, jika ditanya, tidak keberatan menceritakan kejayaannya terhadap pesakit yang tidak dapat dirawat melalui perubatan Barat tetapi berpulih selepas diurutnya hanya beberapa kali.
Yusoff seorang umat Islam yang berimam dan yang berupaya memulihkan serangan sihir hitam menerusi membaca ayat al-Quran. Dia tidak mengenakan sebarang bayaran untuk bantuan itu kerana mengikutnya, kuasa memulihkan serangan sihir hitam datangnya daripada Tuan Allah dan bukan daripada dirinya sendiri. Sesungguhnya, adalah beradab bagi sesiapa yang menerima bantuan dan manfaat daripada usahanya supaya memberikan sedikit sebanyak hadiah secara rela, setidak-tidaknya untuk masa dan usahanya, walaupun Yusoff tidak meminta demikian.
| |
5. Maklumat hubungan: Pusat Urutan Tradisional Turun Temurun Yusoff terletak di No. 36, Jalan Rawa 5, Taman Desa Cermelang, 81800 Ulu Tiram, Johor Bahru. Untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi Puan Salmah atau Ms Lim melalui nombor telefon yang berikut:
- 016-7703061
- 013-7062196
- 016-7223061
- 016-7739794
